Minggu 2

  KEMAHIRAN MENDENGAR

Langkah Pengajaran
1)   Murid diperdengarkan dengan sebuah lagu melalui pita rakaman suara

2)   Murid ditanyakan soalan mengenai lirik lagu tersebut.

3)   Guru meminta murid berbincang sesama mereka mengenai pengajaran yang terdapat dalam lagu tersebut.

4)   Murid diminta menyenaraikan kata nama yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.

5)   Murid diedarkan dengan teks lirik lagu tersebut dan diminta mengisi tempat kosong yang telah disediakan bagi melengkapkan lirik lagu tersebut.
m  
n   
    Latihan
     Ayah dan ibu
     itulah _______ kami
     Dapatlah melihat bulan dan
________
Ahai...

Yang dikurniakan dari _______
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti _______

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
_______
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

         
                                                    KEMAHIRAN BERTUTUR


Langkah pengajaran
1)  Guru menayangkan video dan gambar mengenai petani yang berjaya.

2)  Murid ditanya beberapa soalan mengenai video dan gambar yang telah ditanyangkan.

3)  Murid diedarkan dengan teks mengenai petani yang berjaya.

4)  Murid ditanyakan dengan beberapa soalan berkaitan dengan teks yang telah dibaca.

5)  Murid dikehendaki bercerita di hadapan kelas mengenai cirri-ciri petani yang berjaya.

                                            
       
     Petani Jaya
Ahmad bangga dan yakin dengan hasil cili merah yang diusahakan di Pulau Tawar,Jerantut, Pahang . Walaupun tidak mempunyai latarbelakang yang formal dalam bidang pertanian tetapi tindakan Ahmad Yahya, 38, untuk menjadi usahawan tani seprauh masa sedikit sebanyak dapat menepis anggapan masyarakat terhadap bidang pertanian.
Mendapat ijazah pertama dalam bidang 
kejuruteraan elektrik di Universiti Teknologi Malaysia , Ahmad mula mengusahakan ladang sayurnya secara separuh masa sejak awal 2008 di atas tanah yang dipajak dari orang kampung seluas enam ekar di Kampung Perian , Pulau Tawar, Jerantut Pahang 

Menceritakan pahit getir bergelumang dalam bidang pertanian khususnya penanaman sayur secara konvensional selama satu tahun, Ahmad berkata, mereka yang mahu bergiat dalam bidang ini perlu mempunyai semangat yang kuat.
"Dalam tempoh setahun ini dua kali saya terasa amat putus asa dan berfikir untuk mengalah dan meninggalkan segalanya.
"Tetapi pihak pembekal benih , pembekal racun dan baja serta pemborong dan rakan-rakan banyak memberikan khidmat nasihat dan galakan kepada saya sehingga saya ke peringkat sekarang," katanya semasa ditemui di ladangnya di Pulau Tawar , Jerantut Pahang, baru-baru ini.
Ahmad melahirkan rasa terharu dengan syarikat-syarikat pembekal benih dan racun yang banyak memberikan galakan walaupun beliau mengalami pelbagai masalah ketika itu.
Galakkan dan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan terutama ibu sentiasa menjadi 
pendorong untuk terus berjaya.
Setelah berjaya mengharungi pahit maung dalam bidang pertanian, kini beliau yang telah menyewa 10 ekar ekar lagi tanah di sebelah ladang sekarang untuk menanam tanaman berpara seperti terung bulat, bendi dan cili .
Bermula dengan menanam cili kini Ahmad mula melangkah kepada penanaman sayuran lain pula . Mengaplikasikan kepakarannya dalam kejuruteraan dalam pertanian, Ahmad banyak mengumpul data-data hasil ladangnya.
"Data yang saya dapati saya bandingkan dengan data daripada MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan Jabatan Pertanian dan FAMA dan rakan-rakan dalam bidang yang sama.Jika terdapat perbezaan ketara, saya akan cuba mencari puncanya.
"Setiap pagi saya akan meninjau kebun dan melihat apa yang tidak kena sama ada serangga, virus atau bakteria," katanya.
 

Dengan cara ini, Ahmad dapat mengetahui lebih lanjut mengenai makhluk perosak serta racun perosak yang sesuai digunakan.
Memegang pepatah Inggeris, 'tidak mengumpulkan telur dalam satu bakul,' Ahmad mengusahakan pelbagai jenis tanaman sebagai persediaan jika sesuatu berlaku pada satu-satu tanamannya.
Ini juga merupakan satu langkah supaya pendapatannya berterusan sementara menunggu tanaman lain mengeluarkan hasil.
"Bagi saya pertanian adalah satu perniagaan," katanya yang memulakan 
pertanian menggunakan modal daripada simpanannya sendiri.
Baginya setiap tanaman mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri misalnya bendi dikatakan tanaman paling mudah ditanam tetapi harganya pula agak murah. Cili merah yang mempunyai harga yang tinggi tetapi penjagaannya agak sukar dan memerlukan tenaga buruh yang ramai bagi tujuan memetik.

Ahmad juga menjalankan strategi merekodkan dan mengumpul semua harga sayuran di pasaran bagi membolehkannya memantau harga di masa akan datang. "Mainan harga sudah menjadi asam garam hidup sehingga saya mengambil 
inisiatif memantau dan merekodkan harga sayuran setiap hari. "Ini bagi memastikan saya boleh mendapatkan tanda aras harga setiap sayuran dan boleh menjualnya dengan harga yang berpatutan," katanya yang bercita-cita membesarkan lagi ladang sayurnya.

Menjalankan trial and error dalam pertanian selama setahun tahun menjadikan Ahmad lebih matang dalam mengharungi industri tanaman. Beliau yang amat peka dengan apa yang berlaku di ladangnya
tidakpernah memohon mana-mana pinjaman selama membuka ladang sayur-sayuran. "Sejak awal saya mengeluarkan wang poket sendiri untuk menguruskan ladang ini dan saya masih belum menganggap diri saya berjaya. "Saya berharap suatu hari nanti, pekebun sayur akan dapat hidup mewah dengan hasil jualan sayur mereka," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa kepada bidang pertanian , Ahmad berkata masa akan menentukan tetapi kerjaya dalam bidang kejuruteraan satelit yang diceburi sekarang ini amat diminatinya .

                                                   KEMAHIRAN MEMBACA

     Langkah pengajaran
1)   Murid ditayangkan dengan gambar-gambar pencemaran alam sekitar

2)   Murid ditayangkan dengan teks pantun

3)   Murid diminta untuk membaca pantun tersebut dengan menggunakan nada,sebutan dan intonasi yang betul.

4)   Guru mengedarkan teks mengenai pencemaran sungai.

5)   Murid diminta mengeluarkan isi-isi penting mengenai teks tersebut dan berbincang bersama guru. 
   
   Gambar Pencemaran 




     
     Pantun Pencemaran
Bunga seroja hiasan di taman
Dipetik sekuntum dik gadis jelita
Kebersihan menjadi tunggak keimanan
Mengapa pencemaran masih berleluasa

 Sampan di dayung ke sungai lipis
Gembiranya harti tak terperi
Sungai tercemar tanah terhakis
Gerangan apa jadi begini?
   

Indah sungguh taman larangan
Mari menyusun si bunga seroja
Isu keganasan menjadi sebutan
Mengapa hutan menjadi mangsa?

Bunga melur hiasan di taman
Mekar sekuntum di pagi hari
Sungai dicemari tanpa kasihan
Mengapa demikian jadi begini?

     
 c   Teks Pencemaran Sungai

     Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.


Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.
 

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.
 

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
 

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
 


Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

     
                                        KEMAHIRAN MENULIS

     Langkah Pengajaran
1)   Guru menayangkan gambar-gambar  kemalangan jalan raya kepada murid.

2)   Murid ditanya beberapa soalan mengenai gambar kemalangan jalan raya tersebu.

3)   Murid diedarkan dengan satu teks kemalangan jalan raya

4)   Murid diminta untuk membina ayat berdasarkan kata kerja yang tersenarai pada teks tersebut.

5)   Murid diminta untuk membina satu karangan pendek mengenai kemalangan jalan raya. 

   Gambar Kemalangan Jalan Raya




   

   Teks Kemalangan


2010/09/09
      TAWAU: Tiga beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan jenis Ninja King di kilometer 20, Jalan Tawau–Merotai, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Tawau, Asisten Superintendan Sabri Zainol Abidin, berkata mangsa itu dikenali sebagai Agnes Gau Bole, 36, dan sepasang anaknya, Immanuel Bole (8 tahun), dan Fredercia Indriani Bole, 14.
"    Seorang mati serta-merta di tempat kejadian dan dua lagi meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Tawau," katanya di sini.
      Sabri berkata, keluarga itu adalah pemegang pasport Indonesia yang hendak ke bandar Tawau untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Sabri berkata, keluarga berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari Merotai ke Tawau sebelum kejadian itu berlaku pada kira-kira 7 pagi.

"Kita percaya kenderaan itu dipandu laju sehingga menyebabkan ia terbabas dan masuk gaung di sebelah kiri jalan," katanya.
      Sabri meminta saksi kejadian supaya tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Joseph Jelian atau pembantunya, Sarjan David di talian 089-752222 sambungan 258. - Bernama     

                          
      

It